KAFAN DAN PERSEMADIAN JASAD MULIA BAGINDA KE PEMBARINGAN TERAKHIR

Telah timbul perselisihan pendapat di antara para sahabat sebelum urusan perkafanan
mengenai persoalan khalifah. Berlakulah perbahasan dan perdebatan di antara kaum Muhajirin
dan al-Ansar di halaman rumah Banu Sa'adah yang mana akhirnya mereka semua bersetuju
melantik Abu Bakr sebagai khalifah Rasulullah. Perbahasan ini memakan masa hingga ke akhir
hari Isnin, malah hingga masuk ke malam berikut menyebabkan orang ramai turut sibuk.
Pengkembumian jasad Baginda tertangguh hingga ke malam Selasa malah hingga menjelang
subuh hari berikut, di mana jasad Rasulullah yang penuh berkat itu terletak di tempat tidurnya,
tertutup dengan kain menyebabkan ahli keluarga Baginda menutup pintu rumah.
Di hari Selasa barulah diuruskan mandi jasad Rasulullah (s.a.w) tanpa membuka bajunya,
mereka yang bertugas memandikan Baginda ialah al-Abbas, Ali, al-Fadhl dan Qatham(keduadua
anak al-Abbas), Syaqran(hamba Rasulullah), Usamah bin Zaid dan Aws bin Khawli. Abbas,
al-Fadhl dan Qatham membalikkan badan Rasulullah, Usamah dan Syaqran menjiruskan air, Ali
menggosoknya sedang Aws pula menyandarkan Rasulullah ke dadanya. Kemudian mereka
semua mengkafanki'n jasad Rasulullah (s.a.w) di dalam tiga lapis kain kafan berwarna putih
tenunan dari al-Yaman, tidak berbaju atau berserban. Dikafannya jasad Rasulullah (s.a.w) ke
dalam ketiga-tiga lapisan kain kafan tadi dengan cermat dan penuh hemat.
Di saat pekebumian sekali lagi kaum muslimin berikhtilaf tempat persemadiannya, namun
kesudahannya Abu Bakr bangun dan berkata: "Sesungguhnya aku telah mendengar Rasulullah
(s.a.w) pernah berkata: Tidak dimatikan mana-mana nabi kecuali di tempat itulah ia
disemadikan". Justeru itu maka Abu Talhah pun mengangkat tempat tidur Rasulullah (s.a.w)
dan digalinya lubang sebagai kubur berliang lahad.
Sebelum itu kaum muslimin masuk membanjiri bilik Rasulullah (s.a.w) dengan bertali arus
sepuluh selepas sepuluh, menunaikan solat jenazah, masing-masing tanpa imam. Mula-mula
sekali Baginda disembahyangi oleh keluarga Baginda, kemudian Muhajirin diikuti oleh al-Ansar.
Kaum wanita bersembahyang selepas kaum lelaki diakhiri oleh lapisan kanak-kanak.
Kesemuanya ini diselenggarakan pada hari selasa sehari suntuk, malah hingga ke malam Rabu.
Kata Aisyah: "Kami bagaikan tidak menyedari pengkebumian kecuali setelah kami terdengar
suara cangkul menggali tanah di tengah malam yakni malam Rabu.
MUHAMMAD SALLALLAHU 'ALAIHI WASALLAM NABI YANG TERAKHIR

0 comments:

Post a Comment

 
Siroh Nabawiyah © 2013. All Rights Reserved. Powered by Blogger
Top